Minggu

MAFAHIM YAJIBU AN TUSOHAH

MAFAHIM YAJIBU AN TUSOHAH


KITAB YANG DITULIS OLEH :

MUHADIST ABAD INI, AL-ALAMAH AS-SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI AL MALIKI ROHIMAHULLOH


PendidikanBeliau Rohimahulloh mendapat pendidikan formal di Madrasah al-Falah dan Madrasah Tahfiz al-Quran di Makkah. Sedangkan pedidikan Non-Formal pula beliau dapati dari halaqah-halaqah ilmu di Masjidilharam. Beliau radhiyallahu ‘anhdikatakan sudah menghafal al-Quran di usia 7 tahun, manakala menghafal kitab Muwattho’ ketika berusia 15 tahun. Dan mendapat julukan ‘Muwattho Yang Berjalan’ kerana penguasaan dan kepakaran beliau mengenai kitab tersebut.
Setelah itu beliau rohimahulloh mengembara ke banyak negara untuk menuntut ilmu daripada para ulama tersohor seperti di India, Libya, Mesir, Maghribi, Pakistan dan Indonesia. Beliau juga menuntut Ilmu di Universitas al-Azhar diperingkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PhD). Beliau berhasil meraih ijazah kedoktoran dalam bidang ilmu hadits di Universitas al-Azhar dengan predikat Excellent (sangat Memuaskan) ketika berusia 25 tahun, dan pada usia beliau ke-26 dikukuhkan sebagai GURU BESAR ILMU HADIST pada UNIVERSITAS UMMUL QURA, MEKKAH.
Selain dari seorang yang mahir di dalam seluk beluk ilmu hadits, beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam ilmu fiqih 4 mazhab. Dan beliau rohimahulloh pernah mengatakan: “Aku anak kepada empat mazhab.” Yakni, beliau rohimahulloh menguasai keempat-empat mazhab yaitu  Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Nasab : Beliau adalah As Syeikh Al Imam Al'alamah Al Muhadits al Hijaz As Sayyid Muhammad bin As Sayyid Alawi bi 'abbas bin 'abdul Aziz al Maliki al Makki al Hasani. Bersambung Nasab mulia ini kepada As Sayyid Idris al Azhari bin Idris Al Akbar bin Abdullah Al Kamil bin Al Hasan Al Mutsanna bin Al Hasan as sibth bin al Imam Ali bin Abi Tholib karomamlohu wajhah, suami As Sayyidah Fatimah Az Zahro, putri Baginda Rosululloh SAW.
Kelahiran dan Wafatnya : Beliau dilahirkan di kota yang mulia, Makah al Mukarromah pada tahun 1367 H (sekitar tahun 1947 M), dikawasan yang berhampiran dengan Masjidil Harom. Setelah sekian lama As Sayyid Muhammad Al Maliki mengabdikan dirinya untuk berdakwah dan mendidik murid muridnya dengan penuh cinta dan kasih sayang, akhirnya pada tanggal 15 Romadhon 1425 H bertetapan 29 Oktober 2004 beliau kembali kehadapan Ilahi Robbi.
Beliau As Sayyid Muhammad Alawi al Makki adalah seorang guru, pengajar dan pendidik yang tidak beraliran keras, tidak berlebih lbeihan, dan selslu menerima hiwar (pertemuan diskusi) dengan hikmah dan mauidhah hasanah, beliau ingin mengankat derajat dan martabat Muslimin menjadi manusia yang berperilaku, baik dalam muamalatnya Kepada Alloh SWT dan kepada sesama manusia. terhormat dalam perbuatan, tindakan, pemikiran serta perasaannya. inilah yang ingin beliau angkat dalam kitab "MAFAHIM YAJIBU AN THUSOHAH" (MELURUSKAN KESALAHPAHAMAN) BAHWA DIPERLUKAN PEMAHAMAN YANG PROPORSIONAL, KOMPERHENSIF, TIDAK PARSIAL DALAM MEMAHAMI SEGALA SESUATU, MENJAUHI SIKAP BERLEBIHAN DAN TETAP BERSIKAP ADIL. DALAM BINGKAI "LAILAHA ILLALLOH MUHAMMADDURROSULULLOH".





Penulis : Dr. Muhammad Al-Maliki Al-Hasani
Penerbit : As SHOFWAH
Harga : Rp 100.000,-
(Belum Termasuk Ongkos Kirim Luar Jakarta)






Tidak ada komentar:

Posting Komentar